them

farnafarni.blogspot.com. Powered by Blogger.

sayang mereka!

they followwZ

Trafik Lalu Lalang.

Wednesday, October 13, 2010

mengumpat ke??

Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu:

1. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

2. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

3. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

4. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

5. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

6. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpa
t

Bertolak dari 6 perkara di atas, terutama perkara 1 & 3, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU.


-copied via iluv islam.com-

No comments:

Post a Comment