them

farnafarni.blogspot.com. Powered by Blogger.

sayang mereka!

they followwZ

Trafik Lalu Lalang.

Friday, December 31, 2010

wahai somebody

kau memang jahat!!!!
aku taula aku xsecantik mane,
tak sekurus mane,
tapi janganlah maenkan pasaan aku.
ko ingat aku ni tiang ke,takde pasaan.
ko bodoh,ko memang bodoh.
aku takkan maafkan kau.
kau lelaki kedua yang jahat.
buat aku tak percaya lelaki
memang betul,mulut laki memang manis.
blahh laaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

hey hey hey hey!!

hey hey hey hey!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku tak percaya CINTA.
love makes me suck.aku benci kat kau.idiot.sesuka hati jek maen pasaan orang.
huh.
arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Saturday, November 13, 2010

sama ada

salam..
aku ngah pikir ni..sama ada aku nk tidor or tak.sebab esok bas kol 9 pagi.adehh napelah angah beli bas time pagi2 ni..aku da kah time aku bgon dalam pukul 12 ke atas.hahha ingat abah selalu cakap kalau kat rumah,aku bangon pukul 11 pagi ke,"aii belom pukuol 12 lg ana"samabil senyum kat aku hahah;D akulah si pemalas itu.hhohohoho

nak buat macamana aku rase malam aku tak ngantok,pagi ngantok sebab ape aku tak tau.huhuhu
emmm tapi aku capek bangat ni sebab baru lepas pegi i-city dengan azyan ngan dayah.aku rase ngantok lah pulok.balik2 jek teros makan..hahaha;D ni mula lah tunjuk muka ngantok.
tapi macamana aku nak bangon??anybody tolong kejot aku!weh aku mang saket kepale betul dengan jiran atas rumah ni.boleh pulak dia pasang lagu kuat2.aku dah paham sangat rutin harian diorang bila balik keja.pasang lagu cina ke myanmar sampai aku pun boleh hafal lagu diorang tuh.heh.lagu yang same pulok tu.kadang2 kalu aku bengang aku cakap"syhhhhhhh!!!"kuat kuat.lantaklah peduli hHHape aku.

sebab aku mang akan terjaga kalau orang memekak atau pun bunyi2 sket.adeh ni dah tahap disko nih.geram jek nak ajak disko sekali nih.apasal lah takde orang tegor diorang ni,aku boleh jek,tapi takot diorang tak paham.kalau jumpe kat bustop tu mula wat muka tak bersalah.
grrrrrrrrrrrrr~~-_-


dahla aku nak pegi mencari ketenangan dengan kemas barang2 baju aku.pastu tah ape aku nak buat aku pun tak tau,hahaha;D
doakan aku selamat sampai esok!;)
insyaallah.

tak sangka

salam..
selamat pagi.(ceh cam bagos dah ni)..hari ini kita akan melihat gambar seorang gadis yang dahulunya gemuk.sekarang?oh,mungkin gemuk jugak.(muka ketat..)o0..tidak sabar bukan?
ya,dialah dahulunya si gemuk,selekeh,dan compang camping.(sekarang pun sama jek).

ok,let's countdown till 5.start..

1



2


3




4


5.

tarraaaa!!






pakaian yang hot masa sem 1!;D


wah,gemuknya akak kita;D









selekehnya!makan banyak!;D




kahkahkah!!!;D xD tak ku sangka..hahaah mang compang camping dan gemuk betul.oh,sebelum terlupa.si gadis memberitahu masa gambar2 ini diambil,dia mempunyai berat dalam 67kg.perghhhhhhhhhhhh!!huahuahua..


ha,dah habis gelak?tape.sekarang ni si gadis mempunyai berat 59.7kg.woww!hebat bukan?ingin tahu apa rahsianya?hhohoho.sabar..
nak tengok gambar sekarang?hmm ok.taknak kasi.biar jelah 3 keping tu jadi kenangan.hahaha.
stop gelak.kau hHHengat kau cantek?(marah over).dahla mau tidor.emm dah tukar layout.aku simpan ikan dengan rama-rama jek untuk ternakan.yang lain aku dah makan tadi.hhaaha;D



Friday, November 12, 2010

takpahambahasake?

hoii!
ni yang buat aku nak marah ni.
sabar fana sabar.
as i said the past is past and never turning back lah.
tak paham ke?
ke ko nak jadi si gila talak?
bila mase pulak kita kawen?
aku dah takde perasaan lah.
sumpah takde.
yang takpahambahase tu kenapa?

aku kate taknak tu taknak lah.
ingat aku ketagih ke ngan kau?
tolonglah,please be mature.
aku takde rase pape pun.
dendam?marah?sakit hati?
oh,memang takde sama sekali.

kau tanya kenapa aku tak
bercinta?couple?
i need time lah.malas nak rush.
aku pikir dulu.
banyak aku kena pikir selain lelaki macam kau.
aku kasar?
suka hati akulah.
aku dah lain?
lain apanya,aku still macam dulu.
sama jek macam 'si hodoh yang kau gelarkam'.
ok,serius aku tak marah.
so,jangan ganggu aku.
aku tak kisah nak berkawan semula.
tapi privacy aku kau jangan campur.

sape aku suka?aku cinta?
sekarang ni takde.
dan bukan kau orangnya.
hey,nak kate ape?
aku tak ganggu pun hidup kau.
suka hati kaulah nak dengan sape.
aku,aku.kau,kau.
please,jangan cari aku bila kau dah solo,kau sunyi.
geli ketiak aku tau.

lepas tu lepaslah.
tolonglah paham hidup orang lain jugak.
aku serius,takde mase tuk kau.
kau adekereta waja?
ingat aku heran?
sorry aku bukan si mata duitan macam kau cakaplah.

aku tak ganggu hidup kau pun.
janganlah kacau aku.
tapi aku ucapkan terima kasih.
sebab aku boleh pikir,boleh pandang masa depan aku.
dengan sape?
tah.tapi kali ni aku berhati hati.
oh,lelaki.
jangan jadi gila.
ramai lagi perempuan baik kat luar sana.
untuk kau,hope kau bahagia.
dah,please,stop it.aku taknak dikacau kat facebook even jangan call aku lagi.
aku dah cakap dalam bahasa elok dah ni.

************************


full stop.


Thursday, November 11, 2010

tahniah untuk adik aku

salam..
alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah s.w.t
adik aku yang ke-6,NURUL SYAQINAH BINTI SUHAIMI pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA BATU 13,MARAN PAHANG telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010.(skema gle ayat)tapi xpe,aku memang bersyukur sebab Qinah dapat jugak ikut jejak langkah kakak dia untuk dapat 5A,yang pasti bukan aku.sebab aku dapat 4A 1B jek(Sains aku B!)heh.ikut adik aku yang cool,simple,and pasif sket dat is NURUL HIDAYAH BINTI SUHAIMI.tepuk tangan hahaha..

emm xdela aku tumpang gembira untuk adik beradik aku yang berjaya.aku?syhhhhh~~abah kate nak suruh Qinah mintak sekolah SEMSAS macam Ida..Ida taknak sebab Ida bosan nanti asyik tengok muka Qinah.(xpelah adik ko jugak!:))
mula2 aku macam nak suruh mintak MRSM xpun KTK a.k.a Kolej Tengku Kursiah.(macam aku pulak parents Qinah ni!)hHHapelahh aku ni.emm ikut jelah abah suruh mintak SEMSAS.ok?:) nanti aku reti drive aku selalu jengok adik2 aku ni..sayang korang...:)
last but not least,segala pujian hanya bagi Allah...banyak lagi kau kena tempuh dik!


-Ida yang pasif,blur kekadang n cooL-





Qinah?of cos yang pakai selendang itu.
seblah dia Qirul adik aku bongsu.
2lagi 2 pupu aku.


your sister,
-NURUL FARHANA SUHAIMI-

Tuesday, November 9, 2010

unstable mood..again

tahlaa...
nak study pn rase takde mood
asal paer last jek msti camni
geram betol rase.
padahal gap seminngu kot.

aku nak start study ni.
fighting for tomorrow the last paper to be answered for this semester
hope i can do well or nothing can disturbing me along i refresf my mind,brain to answer those question.
hope god can help me.
i wish because for 2 3 days i got empty in my soul.
good luck Farhana.
believe yourself.
do not give up before you fight.
u can do it.
trust yourself.
if others people can do,why u can't?
dear...
wake up please!
try as u can.
nothing impossible.
ignore those evil said to you.

-Nurul Farhana Suhaimi-

Sunday, November 7, 2010

mak............abah............

eh,ade jugak aku diantara mak ngan abah??=)

salam...

aku rindu..siyes aku rindu dengan mak ngan abah..selama ni aku pendam jek taknak tulis kat blog.sebab kalau tulis airmata aku pasti cair punyee..dalam ati aku tak pernah missed untuk tak ingat kat the very two important person in my life.kalau aku lupa,aku rasa aku anak yang derhaka.

aku rasa beruntung,kenapa?aku rasa merekalah sebab aku hidup dengan selesa kat permukaan bumi ni.even aku rasa aku bukanlah anak yang baik,tapi aku berusaha untuk jadi anak yang baik.mak dengan abah jaga aku dan adik beradik aku dengan baik sekali even kehidupan kami sederhana,tapi aku gembira dengan adanya 9 orang yang terpenting which being apart of my life.
kadang2 aku takot mak dengan abah kecik hati pulak dengan aku sebab aku jarang call mereka.bukan apa,aku tak nak mereka risau dengan aku sebab aku nak jadi seorang anak yang berdikari.walaupun 50-50,aku cuba untuk jadi berdikari selagi aku mampu.tapi aku nak mereka tau yang dalam ingatan aku,memori aku sentiasa ingatkan mereka.lagipun aku ni agak sensitif sket bila nak borak kat teleffon ngan mak atau abah.mesti aku rase nak nanges.tapi aku nak berusaha jadi anak yang tabah dan sabar..siyes aku rindu...

aku selalu doakan yang terbaik untuk kedua-dua ibu bapa aku.even aku dalam doa aku,aku rela nyawa aku ditarik dahulu tapi bukan mak dengan abah.hmm..kan betul aku cakap pipi aku dah rase hangat..merah tahan nanges..sebagai seorang anak,aku teringin nak balas jasa kedua dua orang tua aku..sampaikan aku ada baca cerita pasal anak derhaka,aku tak sanggup.aku ingat lagi abah ada cakap"abah rasa ana ni boleh jaga mak ngan abah ni..."ya!aku memang nak jaga mereka.aku tak nak mereka susah.lagipun mak dengan abah dah 50an.aku terasa bersalah sebab sambung pelajaran,tapi main2."maafkan ana mak..abah..ana cuba untuk belajar dengan baik.."ya,aku nak belajar baik2.tapi aku selalu main2............

even mak ngan abah nampak macam takde duit,tapi dorang still tanye,"ada duit tak???" aku kadang jawab tak sebab memang tak ada.duduk U sem ni tak macam sem2 lepas which duit aku banyak boros.tapi sem ni aku jimat,banyak habis sebab nak bayar tambang bas..kadang aku rase aku adalah anak yang menyusahkan sebab mintak duit kat mak ngan abah.terasa aku amat jahat.~~tapi,member aku cakap,jiran dia kat kampung boleh pulak mintak motor ngan mak dia even mak dia pagi petang siang malam cari duit.ayah dia muka dah burn sebab cari duit untuk dia ngan adik beradik dia.yup,,betul lah kata orang,"jauh berjalan luas permandangan."even aku tak further study aku kat oversea,tapi kat U sini pun banyak yang aku tengok macam2 perangai orang..ada yang main2 macam aku,ada yang siyes dalam study,ada yang culture shock...macam2..mak..abah...kalau ana tak dapat bagi keputusan cemerlang dalam exam,tapi ana janji ana nak buat mak dengan abah bangga.bangga dengan kejayaan ana satu hari nanti sebagai manusia dan perempuan yang berakhlak.bangga sebab ana berjaya jadi seorang usahawan yang berjaya.ana akan buktikan..tapi,ana mula kerja dari bawah dulu sebab ana nak kutip pengalaman...doakan ana ye mak..abah...ana tak tipu yang ana sayang sangat mak ngan abah.=')

ana tak tau nak balas macamana jasa mak dengan abah.mak melahirkan ana..mak dengan abah yang jaga ana dari kecik sampai besar.jage kitorang 7 adik beradik.macamana tabah dan sabarnya mereka menjaga kami.hanya tuhan yang tau.......
walaupun abah seorang yang garang dulu(tapi sekarang kurang sket),tegas,aku tau kenapa dia buat macam tu.bagi aku,abah ada cara dia tersendiri nak didik anak2 dia.walaupun abah tegas,tapi dia sangat penyayang dan amat sayangkan anak2nya,dan aku tau abah sensitif orangnya..tapi abah tetap encem!=) kalau tak,macamana kami bertujuh ni comel2 dan kacak2??=)..abah sayangkan kami.ya,aku tau..!!untungnya aku=)

mak..seorang yang amat amat sabar..aku tau mak seorang yang sabar..aku dapat tengok,dari mata kasar atau pun dari mata hati..macamana mak jaga kami masa abah kerja polis,jadi peronda lebuhraya KESAS tu pun aku tak tau.sebab kecik2 aku mang tak paham sangat erti hidup ni...aku dapat tengok sabar sangat2 layan anak2 ngan suami dia.sumpah aku tak tipu.
banyak...memang banyak jasa abah ngan mak..selebihnya aku simpan dalam ingatan aku..pinta aku kat diri sendiri supaya jadi seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa aku.pinta aku kepada Maha Pencipta semoga kedua ibu bapaku berada di bawah rahmatNa dan dilindungi dari azab api neraka..amin Ya Allah..

Doa anak kepada ibu bapa:




~ALLAHUMMAGFIRLI ZUNUBI WA LIWA LIDAYYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SOGHIRA~

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"
p/s: semoga apa yang aku pinta itu dimakbulkan Allah..semoga anda.kalian.mereka.kamu pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kedua2 ibu bapa anda.kalian.mereka.kamu.insyaAllah~

**tak boleh download sebab trial downloader dah expired-_-.ingatkan nak download doa dalam tulisan arab tadi**

a story about:

- anak soleh menjaga ibu bapanya yang menjadi babi
- kisah pemuda dalam kubah

mesti baca!


akupuntaktauapetajukentryaku

salam..tahlaa..
arini wa rase urat kentut wa agak terjejas!haha tak senonoh!;p
emm aku rase epi bile Mr.M tetibe privacy chat ngan aku.tapi kojap jek..die da tido sebab penat katenye.aku cam beselah "wakkk..wakkkk..oitt laa ilang da?tdo la ni"haha.aku suke and selesa ngan die.'pergghhayat cam hHHape!' takde la selesa berkawan jek.aku miskol Mr.M ni pon tak angkat.adehhh..dalam privacy chat td aku tanye lah "rajin on9'' then die rep,''umah da pasang tenet hehe''hahha rajinla Mr.M meng'on9' pasni haha;p sempat die wish gud luck kat aku h0h0.gila pasan aku nih.apelah si budak gumuk ni..-_-*v

tahla wa sebenornye takde feel kat mane2 laki skarang ni.tapi wa takot bile lalu lalang kat kedai makan seksyen 2,kat atm bank islam kolej Jati.pergghhh,,aku rase laki tak pupus lagi!gila ramai!
bukan pe,aku mang takot and agak berhati2 ngan orang laki ni.so jalan pun tunduk jek muahaha;p

tadi pun wa ngan dayah g atm kolej Jati pun jalan kaki.malam2 mang kalau nak g sksyen 2 jalan kaki.hahaha pas makan pulak tu mang rase lemak wa hancur.hahaa(aku pun tak tau nape aku gelak;p) then pegi beli obat gegat,,ehh silap obat gg safi,anti kaviti.aku nak cari yang kecik no ado..yang adoo yang besar punyee~~rm5.60 melayang di saat aku hampir muflis!-_-
haa..melayang lah sangat pastu tetibe aku cakap kat dayah aku craving makan kfc ke pizza ke etc.tah tetibe kaki aku terpegi kfc tanpa sedar...'kononnye'..terbeli lah dinner plate(pulak tuh) air ice lemon tea.dayah snack box A.(gila aku oun tak tau time musim buah a.k.a musim final nafsu serakah aku untuk makan membuak2!~~

aku pun tak taulah hhHHape nak jadi ngan aku nih.aku actually tahan mood nak balik jek ni.tapi aku rase cemas+takut+susah hati bila ade news kat paper pasal accident bus.wa seram sejuk mo naek bas 14 aribulan ni.hmm pray that nothing happen among my journey to back to my hometown :) aminn..mak abah adik2 aku,orang kampung mesti tak sabar nak tunggu aku balik.hahaha~~;p

adooiii senin ni wa ade taklimat plop pasal traing mydin tuh.adooii malas tol mau pegi.attendance are cumpolsory plop tuh.pegi jelahh pastu wat muka slamber tah dengar 100% ke tak nanti.hhaaha

p/s:aku banyak nak cerita ni.beselah "when my heart says something''mang banyak cerita.nantilah.nasib jari jemari aku malas sket mau taip.haha xD

Friday, November 5, 2010

serve to me right!

salam..
hhahahaha sape suruh makan udang wahai FARHANA??kan da gatal..degil betol..
tulah akibatnye memandai jek makan.xD ala aku bukan ape,tadi tengahari pegi umah makbik si Azyan ni.berfoya2 sambil tengok Arham yang cute tu malu2 kucing.meooww~~meoww~~gagaaga;p sebelum tu jumpe kat bawah jap,ingat nak bayar bil air(outstanding) tu,owner da kasi duit da pagi tadi suruh bayar.haa tengok!!ngam tak aku ngan owner??gagagaga;p pasan gile.emmm tapi office Baiduri dah tutup so aku beli lah lauk ayam kari pastu.wah..de mamat cam lembut ni pandang ngan penuh pasaan.hhaaha.again aku pasan.takdelah muka die pun lo0k familiar bagi aku.tah die pun tgk aku cam familiar jor.tahla tapi ka mane tah??

ha pastu nak dijadikan cerita g la lepak umah m.bik si Azyan ni.blok jek laen tapi level same.dah sampai aku rase nak balik,aku pun gtau aku nak balik.ade Dayah skali mase tu.pastu tetibe Azyan tanye aku "Fana,ko makan rebung x??" "makan"aku pun jawab.ingatkan kenape,rupenye m,bik si Azyan ni bagi rebung masak gulai kat aku.pergghh mang terharulahh~~thankz m.bik!

aku sorang jek yang makan sebab Dayah takmakan.pergghh mang agak jiwa kacaula kan,tengok udang2 berkeliaran kat dalam bekas tapawe tu.aku rase neves+piki2 3 kali jek.mase makan ngan Dayah aku control,makan rebung jek,bila die dah siap,aku pun terus ngap!ngap!ngap!
sampailah aku rase aku telah melakukan satu kesalahan kat badan aku!!adehhlaa..-_-

ku tunggu mase jek badan2 aku ni naek ruam ke tak.adoii mapoh r gini.waa sangat serba salah(padahal sume ko ngap!)wa baru kate tak mengidam nak makan.mang wa tak mengidam pun,tapi perkataan 'ter,,,,,makan'itu muncul.heh heh bersedialah untuk disunting..ehh disuntik wahai FARHANA..agaggagaga xD

p/s untuk aku:ni pun dah mula rase suam2 kuku jek badan ni..-_-
atiee:sori..aku silap sebab share video tu.niat aku just nak bagi peringatan jek.takde niat nak mengaibkan si mati.aku da remove da video tu:) thanks for remind me..
m.bik:sedap seyhh m.bik masak.credit to m.bik! ;)
Azyan:wehh nanti jumpe lagi tau??gagaggaga;p
k.jieha:nanti Ana try cari lagi n skodeng2 iklan rumah sewa k??tapi mostly nak 2 orang satu bilik.tape chaiiyookk!!;p

aku again:hmmmmmmm..3 orang ni bace ke blog ko??haisyhhhh~~-_-

Thursday, November 4, 2010

saya dan si pink!

salam..
emmm tah laa skang ni jiwa mang tengah kacau.saya rasa sangat2 buntu.sebab saya tengah sebati dengan si pink.ohh~~si pink ade di mana2 tapi tak semua.'pink yang saye cakap ni bukan si pink "ookk..ookkk'' a.k.a vavi tuu..ohh tidak sama sekali!!

masalah saye dengan si pink berlarutan sampai sekarang.macam2 ubat saye makan.bape kali injection saye da kena.anda ade???????????hoohoho bukan senang jadi orang bertuah seperti saye.:)

hmm..masalah saye?saye ade penyakit.anda ade?haa...kulit2 saye dah ade ruam2 pink.cantik kan?
hope tak terlalu serius.sebab kulit saye sangat sensitif.saye pun tak tau nak kategorikan kulit saye ni whether allergic,eczema or scabbies.but!scabbies here not refer to the kudis ok?it also boleh la didefinisikan as penyakit kulit,berjangkit.haa,,bahaye betul.~~~

saye serius cakap saye rimas.saye rimas dengan itchy2 yang berlaku dikulit saye.tapi saye tak salahkan tuhan.mungkin Allah s.w.t sedang uji saye samada saye sabar atau tidak.tapi saye kadang sedih,menangis sebab saye ade penyakit kulit yang amat teruk ni.saye dapat detect penyakit kulit saye akan hilang bila di inject.saye dah biase dengan jarum(saye tak takut jarum;) )

sape kate saye tak sapu krim?ehh saye sapu tau tapi tak hilang pun even pedih gegila saye rase.
sampai saye pun jadi malu dan tak yakin dengan diri sendiri,yelah,contoh dalam surau,saye nak ambik wudhu',saye mang cover gegila si ruam2 pink supaya orang lain tak nampak.malu sesangat~~-_-*v

emmm saye pun nak jugak jadi seorang yang sihat.emm antibodi saye pun lemah jugak.tangan saye tak kuat tau.maybe selalu kena inject kott...saye doa supaya penyakit saye cepat sembuh.
dan sayelah:
-si pesakit allergic@alahan(seafood,habuk,hama,panas,,etc.)
-si pesakit scabbies(penyakit kulit)
-si pesakit eczema(penyakit kulit)
-si pesakit kulit sensitif.

doktor kat klinik private ade jugak cakap yang saye kena jumpa pakar.wahh~~saye amat putus ase dah ni....die cakap kalau pergi jumpe pakar kat hospital KL,dirang akan amek sample darah ke kulit untuk dihantar ke australia kalau tak silap tuk dikaji.anda ade???tapi kos tinggi jugak dalam beribu kot..

so saye bertahan dululah...kesian kat mak ngan abah saye yang sangat amek berat and concern pasal saye.merekalah nadi tuk saye kutip semangat..bukan senang tau jadi orang yang berpenyakit ni.mang takde semangat,cofident level low,merendah diri..tapi saye tak makan dah seafood.dah lame tak makan n tak craving pun.irang tanye kenape saye kurus?salah satu sebab saye tak boleh makan sembarangan.saye kena pantang macam ibu bersalin.bukan pantang jumpa okiee..hahahha:D

p/s: doakanlah supaya saye cepat sembuh.daya teringin nak jadi seorang yang sihat dan kuat!

;')
:)
:D

perkara2 yang membuatkan kita hilang ingatan etc.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)

Wednesday, November 3, 2010

saya dapat panggilan hangus!

salam..
aii B,;p;p
hahahah gedik nampaknye si budak gumuk ini.adeh...-_-*v
nak tau tak B?ana dapat banyak gile panggilan hangus few days ni.gaggagagga
jeles lah tuh..;p siyes,mang banyak gile orang tepon,kebanyakannye no.maxis pulak tuh.
gila ahh..dahlah no.tukar tiap2 kali angkat call.huhuhu (ramai peminat nampa gaye nye aku nih!)-_-*v

dahla diorang dapat tau sape nama Ana.dorang cakap"helloo..ni fana ke??"Ana pun mang tak lagi.mang Ana borak2 kejap lah ngan diorang yang call tu.psstt..Ana tak curang okiee??;p
ana pun pelik jugak apasal ramai ggegila yang call??????tapi!!!yang call tu sumenye gegirl~
wahh!!IM NOT LESBIAN even I DUN HAVE BF,BUT I"VE B AND FB.wekk;p

dahlaa..tu jek nak cite.(mo0d majok)..emm tadi Ana dapat markah tuk test,ind.asgment tuk research.bak tau ana dapat bape?
-test 1 = 38/50 (saye tak tiru)
-test 2 = 24/50 (saye tak tiru)
-ind.asment=2.5(means??? per 10 ke per 5?? ke 2.5 pe 2.5??)

huwaaaa~~~research jek wa xtau bape carry mark wa..wa mang xharap A pn,wa arap C pun jadilah...|T_T|v haa concept pun wa xtau bape carry mark wa...haiyyoo0000~~
yang others subjects:

-fashion = 30.1/50
-consumer behavior a.k.a CB = 36.89@36.98/50
-account =37/50

conclusion tuk whole carry mark=~anda dalam bahaya~

conclusion tu panggilan hangus=yang call tu dak nak ~cari umah sewa laaaaaaaaaaaaaaa~
sediakanlah ayat untuk menolak permintaan diorang.umah dah
de booked.yang lain-ANDA TERSINGKIR-

dah cau..nak gemukkan badan yang sedia gemuk nih!

Tuesday, November 2, 2010

hey me!



it's not to0 late for you to study.
you must know the concept of the sub topic.
you are not a loser!
belief yourself my dear,my heart.
try to study smart rather than study hard.
you often do those things when oldschool time.

hey dear,
you are now in limited time.
never to0 play around there.
you are what you are.
pray for the best in your exam.
remember,you are not the loser in this war.

hey me,
don't you ever thought about your parent?
your siblings?
how they being success as they do?
they deserve to get that award because they are not like you.
babe,it's not to0 late for you to change.
don't ever said that you are the weaker,lazy,and can't do.
you must know that nothing impossible.
try it.believe it.you'll deserve to get it.






"hmm..as i can do.i can do!!avoid negative thinking.ignore bad influence....."

me myself as me,

-NURUL FARHANA SUHAIMI-

;)
;')
:)
:D

Monday, November 1, 2010

Islam dihina di Malaysia

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan

membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan

mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum

identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia

tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,

mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,

begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat

hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -

mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya

dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak

penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang

ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible

dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di

Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana

sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar

berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa

nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM

LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...




source:klik sini

muka buku bersama sama glob

salam..
emm aku ni nak exam lusa tapi still wat muka tak bersalah."wahai farhana!ingatlah mak ngan abah kat rumah tu.jangan malas2 ok?keep in studying.u are not loser.you must know it. :)"..sapa yang bekata kata itu?mestilah hati aku.tapi sang syaitan itu selalu pengaruh aku supaya tidur,online dan tidur.aku duduk sini jarang keluar.rimas sebab bising.haa..aku mang tak suka bising.but doesn't mean aku ni anti sosial ok?tapi sekarang adalah masa yang serabut untuk keluar shopping2,jenjalan ngan sewenang wenangnya.

emm aku dapat rasa asyik2 muka aku yang bukak muka buku bila time bukak laptop sambil online.tapi,kenapa aku bukak muka buku?
-muka buku ada bagi info untuk aku share2 note daripada kawan2 maya.idea diorang sangat bernas dan menarik untuk dibaca.aku mang respect diorang2 itu.:)

-aku suka tengok video2 pelik,funny,berunsurkan peringatan,apa2 video yang aku rasa mang bes :)

-aku mang suka tengok gambar.dari dulu pun,aku akan tengok gambar2 kat album orang.sebab macam expression,macam2 possing,cantik,encem,cute atc.mang aku suka! :)

-tu jelah the best way nak connect dengan member2 aku and kawan2 maya baru.almaklumlah,kredit aku selalu rm0.00 sen celcom bagitau.kengkawan pun selalu online.kadang2 boleh komen2 PEDAS dengan kengkawan,chat ke..blablabla..(membebel plak).
-ha lagi satu!ada quote for everyday.wah,mang bes baca quote bagi orang seperti aku.and from there aku boleh bagi motivasi kat diri aku sendiri.:)

dan..kenapa aku bukak glob?

-blog aku cantik kot..(huh..pasaan betul|-_-|)..:)
-aku mang suka menaip@menulis banyak2.sebab aku je kot yang baca disamping B kesayangan aku yang amat memahami itu.:)-aku ingat nak tulis cerpen kat glob.tapi masa takde lagi.sebagai orang yang kuat berangan,kuat berimaginasi,mesti ada kisah kau dan aku yang nak ditulis.:)
-ha!sebab glob ni merujuk kepada 99% aku.hohoho.kenapa aku cakap 99% jek?yela kat glob ni hari ni aku cakap lain.sok cakap lain.pukul sekian sekian aku cakap lain.(errk..ada ke orang yang mo0d die sama jek setiap masa?perasaan die macam mana?) :)
-nilah masa untuk mengkreatifkan diri.tapi yang luahan hati aku itu betul.aku tak sabar nak tulis cerpen seyhh!!:)
-kadang aku skodeng jugak blog2 orang lain.mana tau dapat ilmu baru.aku kan kurang pandai tapi tak bodoh.heeee :)


p/s: on9 muka buku,glob tu boleh...tapi jangan sampai kerja lain pun tak buat....kan kan??
jika tidak,anda.kamu.kalian.mungkin dalam bahaya!














**sambil surf info pasal kulit sensitif,ekzema,alergik..etc**

















"weh gumuk!studylah.......................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sunday, October 31, 2010

masa untuk gemuk!


aku pun tak tau kenapa aku rajin.ya!aku mang rajin sejak dua x lima menjak ni.
aku tak kebulur ok!!kau ingat kau sape aku nak sangat??!!!
hm..aku tipu.aku mang nak sangat kat kau.kau.kau.
kau buat nafsu ku membuak buak dan liar.aku menjadi tidak ke
ruan.
arghh...!!makan.dan.makan.makan.

kau membuatkan aku fikir untuk menjadi ahli fikir.adakah aku bakal menghadapi perkara yang berulang itu?mampukah aku menanganinya?
"oh cik Perut.saya tak lapar ok?janganlah bunyi gitar kruk kruk itu
."
berat badan yang menurun adakah ianya akan naik dengan sekelip mata?
sungguh aku tak nak.bukan apa.aku nak jadi sihat dan kuat!.mangsa dah panggil pemangsa untuk menjamah ia.no no.!!

p/s:terpaksa keluarkan ayam organik Gred B yang baru dibeli di HPA francais untuk di goreng pun sodap.tak tahan..!!makan!!







kelakarnya suami aku!

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,

Suamimu

p/s:quite interest towards this story.besnye kalau dapat hubby macam ni.like like like!;p

source:lalalalalla

Saturday, October 30, 2010

cool fever

take five while continuing to study research.
I'm too co0l fever again.
time is running out.
now is 12 o'clock(a.m)
arghh..!!
wat I'm gonna do now?

dear God,
please help me to calm her current fe
el.
seriously she can't easy to study right now.
she try so hard but she can't.
the words,sentences,paragraph in this RM book was so!!
hope I'm easy to study while answering those paper tomorrow.
yes,'Tomorrow Never Die'
she now nail biting,pouting,blur,raise her eyebrow when look to the book.
agagagagagga again.and,again.
please,
she is sleepy now but she can't close her e
yes to
having wonderful dreams now.

she's not to find lucky.
but she's more to find the easiest ways to study and keep in mind.
hopefully,she get the lucky.
she's now try and try wh
ile mute.



...............................................................................


p/s:agagagagaga RM is killing me because you are the killer paper.!which rolling on the stone!
urghh!!-current feel-

sengaja_atau_tak sengaja?



salam..
petang tadi hati aku mang rasa tercabar apabila selipar jepun aku whether dicuri,dirompak,dikidnap,atau disonglap oleh agen agen ex-housemate aku yang di kick oleh owner?aku pun kurang pasti...sebab bila aku tengok petang tadi kat rak kasut,it was gone!! haisyhh.....-_-*

yela selipar jepun getah aku tuh hilang lepas diorang pindah barang2 diorang.mane aku tak saspek?betapa aku sayang nyelah kat selipar jepun aku tuh.sebab:

-'footwear' paling sempoi and elegant bila aku pakai.
-aku sanggup tak beli selipar raya sebab selipar jepun getah aku tu 'co0l'.

-dari sem lepas sampai sem 3 masih takde cacat ceanya selipar jepun aku tuh.
-kaki aku dah berbelang sebab kaki aku dah sebati ngan selipar jepun getah aku tuh.
-mang aku sayang gilalah.aritu tertinggal kat kereta angah pun aku suruh anta kat aku.

hope sesiapa yang berkenaan silalah pulangkan bak kata misha omar kat aku.aku tak marah pun.please..mau nanges ni tapi still co0l fever.

nilah sample selipar jepun getah aku yang co0l itu!
sebijik!


p/s: rasa nak wat laporan polis jek.|-_-|

berusaha!

3 lagi paper.
ouchh!!
research methodology,consumer behavior,retail concept.
tapi?mane satu paper paling HOT?
op kos lah si RM itu.(bukan ringgit malaysia okiee ;p)
saya rasa tak keruan sungguh.
merayap
,merapu,merepek,,mengunyah,mematungkan diri.
seperti ini.-_-*v
saya rasa saya sangat
sangat sangat tak paham.
apakah?bagaimanakah?mengapakah?



oh B!
saya rasa
cool fever sementara tiba itu paper.
kenapa?
saya rasa saya tak rasa apa apa.
adakah saya seorang saja yang tak paham?
any answer B?
membaca buku adalah hobi di waktu final saya tau?
saya bacakah?
B!
saya terasa mengantok pulak.
sebab saya rasa time dah lewat.
saya baru perasan.
saya rindu B.
B jek yang paham saya.
kita akan ketemu bila saya rindu.

awak!
eh,kenapa tetiba saya cakap awak?
awak yang si mr.M itulah.
heeeeee.
rajinnya kol
.

tau dapat panggilan hangit dari celcom.
tapi awak dah mengantuk.saya tak.saya okiee^^

saya!
eh,saya pun kena?
saya kena tido.
nanti muka tua bila tido lambat.
tanda2 muka tua dah jelas kelihatan.
uppss..!!
sayakn nak jadi si budak matang.
ececeh...
hai lah badan,hai lah nyawa.
pergilah bersatu untuk tidur.
jangan
derhaka
kepada tuan tanah kedaung itu.

dia sangat mengantuk.
agagagagaga

have finished our bed time story.
so pe lagi?tidooo!!!!!!!

Friday, October 29, 2010

lukisan alam

bismillahirrahmanirrahim..
salam..
anda.kalian.kamu.mereka.
pernah dengar tak lagu ni?
cuba dengar..sekali pun jadilah..
tenang je rase...:)




Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

hijjaz-lukisan alam

subhanallah....syukur ke atas Maha Pencipta :)

Thursday, October 28, 2010

awak!

happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to you....

to Awak,,
sorrylah sebab saya sentiasa confius birthday wak tau.
semalam saye wish,awak reply.
arini bila birthday wak yang betuk2 wak xreply.
hmm....

Awak,
saye mang xmalu pun cakap saye sayang awak.
adehh saye mang camni xboleh simpan2.
kena gak bagitau.

tapi...
maybe sayang saye kat awakhanya boleh untuk kawan.
even start dari plkn kita kenal sampai skarang kita contact.
and aritu ingat lagi,time saye pergi kursus usahawan kat kl,
sebab sebelum ni kan saye ade cakap kat awak,
kalau wak suka kat orang lain wak bagitau.
haha.mang wak bagitau pun.
emm tapi skang wak dengan dia dah takde ape2 relation.
emm untungnye lah dia sebab wak sayang dia.
tapi...
wak kate wak sayang saye jugak.
emm takpelah wak..
saye undur diri tuk wak ngan gadis yang wak suka.
tapi...
sayang saye kat wak still samelah.camne ek??

awak,,
jujurlah bukan senang saye nak sayang kat orang laki tanpa sebab.
ngan wak saye rase selesa.
even dah lame jugak kita xjumpa kan?
.............................................................

awak!
tuk ari jadi wak ni,saye da sent mesej kat no.wak.
'wk,epi bday.hehe bru tol bday wk..em hpe wk mkin chat,dpt keje yg bgos2 n dpt awek yg bek n cpt kwen;)'
emm wish saye tu ikhlas tau wak?
hehe..
emm semoga wak dapat jumpa jodoh yang sesuai dengan wak.
saye datang kot kalau wak kawen.
tapi saye still xreti drive kete lah wak..(blushing)
emm takpe lah wak.
saye terima,
saye tak secantik dia.
dan saye ada penyakit.
sapelah yang suka kan?
:)










p/s: B!!asal Ana jiwang semacam ek?emm takpelah jodoh pertemuan di tangan tuhan.kalau Ana ditakdirkan single,Ana nak amek tanggungjawab jage mak ngan abah yang banyak berbakti kepada anaknya yang comot ni.*mata tak ngantuk.........*

Wednesday, October 27, 2010

again and again and again and again..

bismillahirrahmanirrahim.......
salam...........

emmm B,,adoilaa..Ana skang dalam kemusykilan kena cari HOUSEAMATE lagi 4 orang!!macam2 lah dorang ni.kejap nak duduk kejap tak.kan dah menyusahkan orang lain.ni da nak habis October dah B oii...geram jek..tapi lau 3 orang tu nak sewa semula lah katekan,mang Ana tak kasi.siyes.bialah dah sape suruh depa duk memain kan B??

huwaa...mintak2 lah ada yang nak sewa a.s.a.p..tak pun adakah k.jieha bakal duduk satu rumah dengan Ana?wahh malunya teman..(^^,)..emm bukan ape B,,Ana takot Ana feel weird jek kang.hehehhe mula lah malu2 meowww hahhaha:D

B tolonglahh..Ana dahla rindu mak ngan abah ni.kalau lah B ni betul wujud kan bes.sebab B jek yang paham Ana.cewahhh!!haha yela segala isi hati Ana dicurah kat B.Ana dah addict kat B tahap dewa dah ni.hohoho i may stickwitu lah bab kate pussycat dolls.^^

B oh B..Ana rase ok lah jugak tadi jawab exam.tinggal 3 paper lagi B.hehe tak sabar nak balik rumah nak jumpa family.hehe emm tak tau nak tulis ape sebab Ana malu ngan B.auww!!;p

p/s:kalaulah B ni manusia manusia manusia manusia........................

Tuesday, October 26, 2010

satu pergi.................

satu paper dah lepas azab td.(retail accounting) wahhh giler la tekan2 calculator pagi tadi.dengan mo0d yang still mengantuknya,selamber jela jawab.tapi besela bila jawab account,aku akan ngantok ngan sendirinya even siap sejam awal tadi."tapi betol ke tak aku tak tau"heh heh ^^, aku akan buat formula 1 aku sendiri cam bese.huhuhu aku rindu ngan 'B' aku ni..'B' tunggu Ana ke??hehe Ana nak layan B jap malam ni.jap jek tak lame.sebab Ana ngntuk da ni..
nanti 4 paper lagi tau B,,Ana kene jawab..adehhlaa..Dayah,Nani,si Gemuk,k.Zati
-kami sentiasa berempat di Uitm:) -
KAMI MENANG POSTER TERBAIK TAU!


k.Zati,si gemuk,dayah,nani
-kami berempat mase trip retailers sem3 pergi MYDIN-
si tudung hitam masing2;p

ni time raye kecil2an retail part3(3b only).
kat umah sewa wafa..meriah kan kami??
si tudung itam baju biru semyun sinis nampaknye.haha

tu jelah Ana kasi untuk B tengok,sebab Ana nak study,tak dapat slalu tengok B..b rase Ana study ke x?hahahah B jek yang tau kan?emm ngantuk2..B,,4 paper upcoming lagi...

27/10 (rabu):Retail Fashion
31/10 (ahad):Research Methodology
3/11 (rabu) :Understanding Shoppers(CB)
10/11(rabu) :Retail Concept

so B,apa tunggu lagi?wish me luck:)
nanti Ana habis exam,kita borak2 k?ini pun ana guna laptop Dayah kejap nak tengok past year.alang2 rindu B.Ana pun tengik b jap.heee jangan marah tau B?

ur A,
-NURUL FARHANA SUHAIMI-



Friday, October 22, 2010

hipoktitkah aku?

huhuhu..awat aku cam rajin je nuleh blog bagai walhal dop study ag neh??xdelaa..aku nak kasi jiwa aku betul2 leh fokus time study kang..wah..!!(^_^)

yee..aku da epi and back to normal.(aku xnormal ke sebelum ni???)huwaa...mang aku hipokrit,kate epi tapi dalam ati still ade teman.sedey jek tau nye..waa,,bes gle dpt berjuang same2 tuk komen kat wall faizal,photo album tikah and etc td.hahah buddies!!i really miss u guys so much.,please..when we wanna meet again??dup.dap.dup.dap

aku mang ngaku kadang aku hipokrit.aku cakap jek epi even aku ase empty with my soul.beselah aku,tapi aku taknak jadi sorang yang fasikh.about my blog?aku tau ada gak yang terkejot and akan kate"elehh..blog islamic je nmpak tp fana tu bukan cam tu pn....."..tuttttttttttt..mase da tamat.tapi siyes aku cakap,blog ni menggambarkan diri aku,which aku mang nk camni...kawan2,dari korang kutuk,pe kate korang doakan aku jadi perempuan yang baik?korang pun aku doakan cam tu jugak..:)
samela lelaki pun..:) aku malu ngan diri aku,aku mang jahat.aku suke wat jahat.tp bila aku da masuk U,aku pikir jgk,tak kan nk jadi jahat jek sampai bila2..aku mang jenis fikirkan masa depan.think for the futurelah kononnye..aku taknak lah bila aku tua,aku jadi jahil jugak...peace...:)

Bab agama:aku mang nak sangat2 improvekan knowledge aku pasal agama ni...aku siyes mang suke blaja pasal agama.which aku rase feel sangat and touchy la jugak.heee korang pulak??:)

Bab perangai:korang sendirilah judge sebab I'm most think that I'm to0 bad person.:)

Bab pakaian: aku tau pakaian aku macamne.apa aku pakai aku tau,aku pikir.Tok pun(mak kepada mak aku) adelah jugak tegor bab pakaian aku ni..aku terbiasa berpakaian begini.tapi,kawan2!doakan aku,,emm kita sama2 doa.mane tau aku akan berubah dari segi pakaian???:)

Bab fizikal: aku ase Allah ciptakan aku dengan cukup sempurna.aku tak kesah sape2 cakap aku tak cantik ke,hodoh ke,tapi jangan kutuk ciptaan allah yang aku rase sempurna ni.setiap manusia itu cantik,encem..nanti aku tulis maksud pasal cantik k?penuhla nanti aku mengarut:)

Bab mental: aku ase aku ni balance jek.tapi kadang ikot mood jugak.tapi ade jugak buddies aku kate aku giler,sewel,sengal,etc.hahaha my humans being pretend to be a joker maybe.haha takla.hussy2 sket tu beselaa..aku takleh tak fight mulut ngan korang.meoowww meoowww~
hahaha:)

Bap pe ag ek??menung jap...haisyyhhh(-_-*)v

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

ya Allah...
rahmatilah ibuku HAFIZAH BINTI MOHD AYUB
rahmatilah ayahku SUHAIMI BIN ABU.

tanpa mereka,aku tidak ada di bumi MU ya Allah...
ampunilah segla dosa2 mereka...
mereka merupakan ayah dan ibu yang cukup sempurna untuk aku...
sesungguhnya aku bukan anak yang baik,tapi mereka adalah ibu dan ayah yang paling baik..
aku rindukan mak dan abah yang amat sangat.
aku memohon supaya mereka dipanjangkan usia disamping sihat sentiasa.............
amin..............



fahamilah perasaan ibu dan bapa anda

klik link di atas ya kawan-kawan.
semoga dijadikan iktibar untuk saya.anda.kalian.kamu.mereka.:)

::current feeling::

bismillahirrahmanirrahim...
salam............

today I'm feel so calm but I'm having migrain now.maybe because I'm think a lot for few days.
but i don't think about a boy.hahaha i just think about myself,my upcoming exam begins next monday which I still not ready from the mentally to having the day.but,pretty sure that I can study with the peaceful feels because the conflict will settled............

oh exam,my hope is just one.i can answer all those paper without anything bad or disturbing my mind to answer among the examination days.I want to increase my GPA also CGPA.not too late for me to study.hope so...................

Dear Mercy,
i pray for you to easy my doing.............
even I've a lot of sins,but deep in my heart,i need to change,i must change my attitude also my negative thinking...............
i pray for u...only u.................
i just an insane and a servant..............
.....................................................................
to you ya ALLAH.............i praise to you ya ALLAh............................




...........................................Aku.Dan.Farhana..................................................




Thursday, October 21, 2010

memaafkan?senang.melupakan?susah

bismillahirrahmanirrahim...salam..emm teruk kan aku sebab semua entry aku sebelum ni xbagi salam..
jahat betul aku ni...emm aku nak cerita pasal entry aku ni.

pagi tadi ada scene world war 1 antara 3 orang gadis.dasyat bebenor perang nye.tapi beselah si gadis hanya lebih kepada perang mulut di mana mulut si gadis2 ini sumanya menggunakan lazer yang tak dapat dikawal.ditambah pulak dengan sokongan padu pihak2 yang berkaitan untuk melihat si gadis2 ini terus berperang dengan rakusnya(amat menakutkan!).aku sebagai salah seorang gadis itu dengan menggunakan suara yang agak jantan untuk menghalang 2 gadis lain untuk berperang secara lebih sopan.(almaklumlah gadis lagi tu).nak dijadikan cerita,aku yang masih lagi mengantuk cakap"camnilah..ko nak settle ke nak simpan lagi?"..dan......tet tettt..masa da tamat...malas untuk kes ini berlarutan,banyak lagi kes yang perlu di handle,kitrang pun dengan izin Allah s.w.t kami cakap malas nak simpan dala hati..

ya..aku da maafkan salah dia..even sapa2 pun yang buat salah terhadap aku.jauh dalam hati aku..............aku mang dah maafkan mereka,kamu,kalian.anda.aku taknak simpan dalam hati dan taknak jadi seorang yang pendendam.............aku pun banyak buat silap kat mereka,kalian,anda.
aku pun pohon agar dimaafkan kesalahan aku.sebab,aku taknak terbawak sampai mati..
aku banyak lagi dosa...dosa dengan Maha Pencipta....

tapi....aku tak mungkin lupa tetang satu2 kejadian itu.bukan sebab aku tak maafkan.ye,aku da maafkan kamu semua.aku agak susah untuk melupakan sesuatu perkara..biarlah ianya menjadi samada kenangan,ingatan atau iktibar buat aku sendiri............

tentang rumah sewa,alhamdulillah....Allah makbulkan permintaan aku.walaupun aku selalu melanggar perintahNya.aku bukan hambaNya yang baik..............

p/s:aku akan tanamkan kepada diri aku supaya dekatkan diriku kepadaNya....kepadaNya juga aku kembali satu hari nanti...................................


setiap apa yang berlaku ada hikmahnya

hmm..betul kate orang.setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.allah datangkan ujian untuk mematangkan kita,untuk kita berfikir.aku rase macam bodoh pulak sebab aku rase masalah aku kecik jek.rumah sewa?aku berharap sangat owner datang esok untuk halau dorang.aku mang kesian ngan dorang.tapi aku taknak anything bad happen kat aku or yang xsepatutnya.

sebab aku mang suka buat tak tau tapi amat amek tau pasal sesuatu perkara tu.adatlah setiap orang mesti ada ujian yang diturunkan kat mereka termasuk aku.tapi aku mang tak kuat semangat.which aku mang takde confident even benda yang aku nak cakap tu betul.sebab aku ada masalah yang aku dapat detect whidh aku ada masalah kalau nak bercakap.aku paham mende yang aku nak cakap.tapi aku tak reti nak terang kat seseorang tu.so,aku akan assume dorang paham dengan sendirinya.(yang tak paham tu wat2 pahamlah).

maybe jugak Allah turunkan ujian untuk aku jadi kuat,percaya dengan diri sendiri,dekat denganNYA(ya aku agak jahil+jahat),betapa besarnya alam yang Allah cipta,aku kena peka+alert dengan sesuatu perkara.aku kena bijak pilih kawan,jangan percayakan orang 100%,etc.kadang2 ujian yang datang ni buat aku pikir sejenak,kenapa aku kena masalah macam ni.maybe jugak aku pun bersalah...........

ya Allah,kuatkanlah semangat hambaMU ini ya Allah.aku terlalu cuai dan leka.aku pohon supaya permudahkan lah segala urusan ku untuk hari2 yang akan datang...sesungguhnya aku insan yang lemah dan banyak dosa............bantulah hambaMu ini untuk kuatkan semangat...........


p/s: a lot of thankz to mak,abah,angah,uni,k.jiha,member2 and whoever yang bagi aku support dan ambik berat pasal aku.mereka ni sangat2 baik....ya allah,rahmatilah mereka...:)

Monday, October 18, 2010

::convert to exam mode::

whatever it is,aku kena jugak prepare awal2 untuk exam sem ni.aku tak nak maen2 lagi cam last 2 sem.aku pun macam dah paham environment kat uitm ni.so aku kena usaha untuk final sem ni.
sebab aku rase tak lambat lagi untuk aku study(even last minute study) and aku hope among the day until the due of the first exam,mood aku ok dan aku boleh fokus untuk study dan study dan study.
hal2 yang rumah sewa,aku tolak kebelakang aku dulu.hahhaha malsa lagi nak pikir.
last but not least,apa yang patot aku buat ialah:

::Doa
::Usaha
::Ikhtiar
::Tawakkal

korang korang yang nak exam pun,good luck and FIGHTING!!doakan aku berjaya jawab exam dengan cooL as u aLL.
p/s:dahla gi lah study nyee..berblog lagi pekejadahnyee,,**ehehe


Saturday, October 16, 2010

life teach me to be strong




tajuk jek dalam bi tapi entry ni aku nak tulis dalam malay language.aku rase mo0d aku agak ok sebab aku akan mengalami proses (marah+moody yang melampau) bila aku nak period.tapi time period aku takde pape pun heh heh..tahla tu yang aku akan alami if aku nak period.kalau macam girl2 laen ,i dunno.hmm refer to entry aku ni.how does life teach us to be strong?sebab aku tau aku bukanlah seorang budak yang kuat semangat tapi aku taknak mengeluh sebabkan tu.

aku rase hidup ni mang indah,yeah,life is beautiful..tapi yang buat kotornye sape??manusialah.(aku pun same).and again pasal rumah sewa aku yang tah bila aku berakhir dengan konflik yang tak sudah.ye,kalau korang nak kenal kawan korang ngan lebih detail,try duduk rumah sewa.huhuh takdelah aku cakap mang wajib duduk rumah sewa.but if korang duduk umah sewa dengan duduk hostel,satu kelas laen and that's why people say don't judge a book by its cover.yup.the quote is true.\sorang2 macam ragam and aku pun same jugak ade ragam aku sendiri.

tapi tulah kadang aku tak boleh jugak nak kuatkan semangat aku.which aku kena+terpakse cari orang tuk aku luahkn perasaan aku.dan bila aku kena penyakit alergik,aku jadi sedih gile,sebab alergik aku bukan boleh hilang dalam sekelip mata.kuilt aku memang sensitif.kadang aku jeles jugak tengok mereka-mereka yang kulitnya licin and takde cacat cela.tapi aku terima as aku tau allah nak uji aku.aku teringat kisah pasal nabi ayub a.s bila beliau kena penyakit kusta.aku xboleh jadi setabah die tapi aku belajar dari ketabahan nabi ayub.aku yang tak nak makan ubat.sape suruh.

mak,aku rindu sangat2 kat mak.abah pun.kinah.kirul,ida,uni,angah,along.even aku tak baik sangat dengan uni,angah along tapi dorg adalah adik,dan abang-abang aku yang baik.aku taknak amek port pasal gaduh2 ni.and that's why because im most prefer to silence when at home.aku selalu berdoa agar hubungan kami adik-beradik akan baik.takde masalah yang serius pun,tapi biasalah masa.aku tak salahkan masa.tapi aku harap akan datang nya masa di mana kami berborak dan tergelak terbahak-bahak.heheeh

aku harap exam kali ni,CGPA aku akan naik.aku yang malas,sape suruh.and.......


LIFE,PLEASE TEACH ME TO BE STRONG GIRL:)

kenapa hati tidak tenang?

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..


2. Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Wednesday, October 13, 2010

mengumpat ke??

Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu:

1. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

2. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

3. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

4. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

5. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

6. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpa
t

Bertolak dari 6 perkara di atas, terutama perkara 1 & 3, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU.


-copied via iluv islam.com-

aku kena jadi rajin,berubahlah wahai farhana


"malasnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!" ha,,panjang kat harakat dia?tulah aku.asyik malas,malas,and again malas.di samping buat xtau,aku mang malas nak wat sesuatu kerja.kenapa ek?? -aku rase aku da tanamkan sifat malas ni dalam otak,sebab tu aku malas. -da takde pun orang yang nak support aku supaya rajin.(mak abah slalu suruh tau) -tahlaa..aku mang suka rileks2 jek,like nothing happened(like assignment,test,bla bla bla) -aku+malas+mengantuk=memang tak dapat dipisahkan -aku suka tangguh kerja.even aku tau mang xelok,tapi itulah aku -aku malas baca buku(kalau rajin,agak aku dapat dekan x?) -o0ohh syaitan2 laknatullah,,jauhkanlah diri kamu daripada aku,, aku nak berubah jadi seorang yang rajin..........RAJINNYEEEEEEEE.......... please,but not me,,
conclusion: aku rase aku boleh jek berubah jadi rajin.tapi aku kena kuatkan semangat.sebab biasalah adat nak menuntut ilmu,mang banyak cabaran........

unstable mood

aku xtau la knape,,why,,my mo0d was so bad about 2 3 days before.aku pn xdapat detect ape sebenarnye masalah aku ni.and 2 hari aku menanges.aku xtau sebab ape..
tp aku xdela to0 mo0dy,but aku rase lepas present bel(my topic;How to Have A Good Day)
aku tros jadi bad mo0d.maybe badi kot.hahahah
tapi skang dun worry my mood is ok,,;) and i love my current mo0d now..
aku amat mintak maaf kepada sape-sape yang terase..
tapi aku bad mo0d mase tu,,,,,,,,,,,,,,,,,,

hope my mo0d is fine as well.


aeiou........................

Monday, October 11, 2010

panas hati

aeeeeeeeeee......

aku mang tengah panas hati dengan puan yahoo ni.aku nak send email lah.sok dorang nak report tu.
aku da siap da.just tggu kak zati edit sket2.aku mang panas hati dari petang tadi syik failed jek.
taik tol.aku da malas nak menaip ni.tapi hangin punya pasal,,,tangan aku laju jek menaip..
aku tau lah aku tak bayor nak anta email tu tapi tolonglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............
aku da ngantok crazy crazy da nih..
mata aku da sedia nak pejam dan bermimpi si hero korea itu..
adehhhhhhhhhh..
ni yang bikin panas hati neh!